Tuesday, December 13, 2011 | By: tuah_emas999

Pelaburan emas melalui barang kemas.


Artikel di ambil dari jutawanemas.com 

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.
Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya :)

Makin banyak makin ceria :)

2. Kelebihan dari segi zakat emas
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal


Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.

Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.


5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.


Contoh: Rantai tangan yang putus.


Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.


Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.
Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.



Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.
Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.

Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi :(  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 

Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak


Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak


Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)


Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.


Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik :)
Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.

p/s:  1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
Wednesday, November 9, 2011 | By: tuah_emas999

Emas Mengubah Taraf Hidup


“Abang ni kan bila duduk depan orang ramai, Atif lalu, buat tak tahu aje,” kata wartawan Wanita Hari Ini, Marwatif Amer.
“Ish! Atif lagi la, bila abang lalu kat depan mata langsung tak jeling pun, komputer tu lebih penting,” balas saya mengusiknya.
Atif seperti dia suka dipanggil, gadis ceria berasal dari Alor Star, Kedah cukup pemurah dengan ukiran senyuman.
Senyumannya mengingatkan saya kepada 2 wanita saya temui pada 24 April lalu sewaktu membuat tinjauan hargaberas di sempadan Malaysia-Thailand.
Sebelum ke sempadan saya sempat singgah ke kedai menjual cincin di Kota Bharu.
“Ini cantik, Kak Ma beli kat orang ni. Tapi buatan dia kemas la,” kata taukeh kedai.
mazidul Emas Mengubah Taraf HidupSaya membelek cincin perak dengan batu merah diikat suasa.
“Berapa harga ni kak?,” tanya saya.
“Tiga ratus genap la, special prize dah tu. Sebab abang Napi”
Napi, nama gelaran jurukamera wakil TV3 di Kelantan, Hanafi Mat.
Sewaktu keluar dari kedai itu saya dihampiri wanita berbaju kuning lengkap bertudung muncul dari deretan kedai.
“Nama kita Kak Zura,” katanya kepada saya.
Saya senyum. “Nama saya Mazidul,” saya memperkenalkan diri.
“Ish! Tak payah kenalkan diri dah, Kak Zura kenal sangat, selalu kuncul kat TV,” katanya sambil tangan menggenggam erat tali beg tangan disandang.
“Bila datang sini?,” tanya Kak Zura.
“Dua hari dah,” saya membalas ringkas.
“Kaya sungguh orang di Kelantan ni kan? Tak berat ke leher tu?,” gurau saya.
Di leher Kak Zura melekap kemas 3 rantai emas selebar ibu jari setiap satu.
“Kita dah biasa, berniaga macam ni la,” balasnya.
“Ini kawan baik abang Napi ni,” kata jurukamera.
“Kak Ma tadi pun kawan abang Napi jugak?”
Hanafi menganggukkan kepala.
Tidak hairan, sejak saya mula mengenali Hanapi sewaktu melaksanakan tugasan pertama Majalah 3 pada tahun 1997, dia memang mempunyai ramai kenalan.
Kemana sahaja dia melangkah, dia dikenali dan seringkali disapa, barangkali macam Kak Zura.
“Mari minum,” pelawa Kak Zura.
Sewaktu di restoran, Kak Zura tidak teragak-agak berkongsi sebahagian daripada kisah hidupnya.
“Nama dalam kad pengenalan apa?,” tanya saya, sekadar ingin tahu.
“Siti Hasmah Wok. Macam nama isteri Tun Mahathir lah. Tapi kalau nama glamor, panggil Kak Zura saja,” jelasnya selamba.
Dimaklumkan dia dilahirkan di Bachok, Kelantan dan kini berusia 54 tahun.
“Tua dah Kak Zura ni,” keluhnya.
“Tapi steady lagi,” puji saya.
“Dulu Kak Zura kahwin umur 12 tahun, percaya tak?”
Saya terpegun sekali lagi.
“Pilihan mak ayah, masa tu kita tak tau apa. Boleh bertahan sebulan, lepas tu cerai terus,” katanya.
“Ini anak sulung Kak Zura, Nora. Anak dengan suami ke dua, ada lima semua anak, umur antara 18 dan 40 tahun,” sambil dia mengerling ke arah wanita duduk di sebelah kanannya.
“Nora kerja apa?,” soal saya.
“Ikut mak la, jadi body guard dia,” sambil tersenyum.
“Kak Zura berniaga macam mana?,” tanya saya.
“Kita beli barang kemas orang tak mampu tebus di pajak gadai, lepas tu jual kepada pembeli,” jawabnya.
Tidak hairanlah mengapa purse Kak Zura penuh dengan wang kertas lima puiluh ringgit.
“Tak muat dah purse tu, bubuh dalam beg saya ni sikit,” saya mengusiknya.
Dia hanya tersenyum.
Spontan Kak Zura kemudian mengeluarkan timbang elektronik dan calculator dari beg tangan dijinjing sejak tadi.
“Macam ni, dulu Kak Zura beli harga dia 10 ribu, waktu tu ada datin ni pakai. Emas putih ni. Sekarang harga dia 24 ribu,” katanya sambil tersenyum.
Barangan kemas three-piece diletakkan di atas meja.
“Uih! Mahalnya,” saya terkejut.
“Dulu Kak Zura jual buah-buahan dari Danok tapi satu hari 20 tahun lepas, ada perempuan tua datang nak jual gelang sebab dia terdesak tak cukup duit. Kak Zura beli dan lepas tu jual kat kedai, boleh untung 70 ringgit,” jelasnya.
Terpancar wajah keceriaan.
“Lepas tu Kak Zura terfikir, jual buah nak dapat untung 70 ringgit sehari susah. Kalau jual beras seludup, asyik kena tangkap, mana larat. Sejak itu la Kak Zura mula beli dan jual emas”
Pada awal pertemuan saya menjangka Kak Zura ibu tunggal. Tetapi telahan saya ternyata meleset.
“Suami Kak Zura pencen dah, Yahya namanya. Dulu dia kerja Jabatan Perikanan, lepas tu join maritim, duk laut berhari-hari,” jelasnya.
“Gambar siapa kat handphone tu,” soal saya.
“Anak bongsu Kak Zura, Nordaleela. Baru habis SPM,” jelasnya.
“Buat apa dia sekarang?”
“Dia minat menari, ada waktunya ke Kuala Lumpur, ikut group menari kalau ada majlis,” jelasnya bangga.
Saya mendengar sambil mata menjeling semua barang kemas dipakai Kak Zura.
“Tak takut ke jalan-jalan pakai emas banyak ni? Kena ragut kan payah?”
“Kak Zura dah biasa kawasan ni. Tak pernah berlaku lagi la. Mintak-mintak jangan,” luahnya.
“Tapi Kak Zura ada bawa pisau lipat,” dia kelihatan yakin.
“Kalau kira-kira berapa nilai semua barang kemas Kak Zura pakai di badan ni?,” soal saya.
“Seratus ribu lebih rasanya,” jangka Hanapi.
“Itu tak termasuk harga gelang kaki Kak Zura lagi, dekat-dekat 7 ribu ni,” sambil dia menyingkap sedikit kain di pakainya ke tahap buku lali.
“Bila abang Pi nak bawa kita ke rumah orang susah, kita pun nak sedekah sikit ni,” tanya Kak Zura kepada Hanapi.
“Nanti lah kita pergi, Mazlin Nordin nak datang hari khamis minggu depan ni, kita pergi sekali lah,” janji Hanapi.
Petang sama, Hanafi menghubungi saya.
“Jom la, dia masak dah”
Sewaktu tiba di perkarangan rumah Kak Zura saya benar-benar terpegun, bukan calang-calang besarnya rumah banglo dua tingkat dibina dengan kos lebih 400 ribu ringgit itu.
Saya terfikir, mengapa wanita hidup mewah seperti Kak Zura masih lagi berjalan kaki setiap hari, berkunjung dari kedai ke kedai, mencari pelanggan untuk membeli emasnya?
“Itulah kerja Kak Zura suka,” jelasnya kepada saya.
“Elok la tu, Kak Zura suka jual emas, abang suka laut,” gurau saya.
Yahya kini memiliki 9 bot menangkap ikan di laut dalam.
“Kalau lain kali Mazidul datang dengan famili, turun kapal terbang, jalan kaki saja ke rumah ni, dekat sangat,” kata suami Kak Zura.
“Airport Pengkalan Chepa kat belakang tu saja, tak payah sewa hotel, duduk saja dengan kami,” pelawa Yahya.
Malam itu kami dihidangkan pelbagai lauk-pauk, sedap. Dijamu buah-buahan, durian, jambu dan mempelam.
Terdetak di hati saya. “Rezeki hasil jualan emas, barangkali”
petikan diambil dari blog Mazidul Akmal Sidik..menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi sy..sesiapa yang ingin memiliki dan mengetahui lanjut berkenaan emas boleh berhubung dengan saya di talian 012- 673 4321 @ 012-326 7891

Membeli Emas secara Ansuran


jual beli emas Membeli emas secara ansuran
Ramai kini mula melihat emas sebagai salah satu bentuk pelaburan baru yang menguntungkan, selain dari harganya yang stabil, designnya yang menarik, emas juga dapat mengawal anda dari berbelanja lebih dari keperluan. Menyimpan wang tunai atau wang kertas di bank bukanlah satu pilihan yang baik, wang tunai dengan mudah dapat dikeluarkan pada bila-bila masa ditambah lagi setiap hari iklan-iklan gadget seperti telefon iphone, android, blackberry yang menjadi global trend sekarang ada dimana2. Dari telefon 3g, kemudiaannya 3gs kemudiannya 4g, dan terlatest Ipad, sekurang-kurangnya ada yang terliur untuk memiliki satu, dua atau tiga…gadget terbaru. (jika bukan penggemar gadget, anda mungkin penggemar kereta, memancing atau apa sahaja termasuk bini muda….sukahati anda…)
Masalah utama yang menghalang untuk membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat 4 tahun yang lalu, harga emas 916 ketika itu sekitar RM73/gram sahaja berbanding sekarang, ianya telah mencecah RM155/gram (lebih 2x ganda), dalam masa 4 tahun sahaja, harga emas meningkat dengan begitu tinggi, malah lebih tinggi dari kenaikan gaji sesetengah kita. Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin menurun lebih-lebih lagi mereka yang tiada kenaikan gaji sejak tahun 2007 (sedih icon sad Membeli emas secara ansuran )..
Jika anda rajin membaca di forum2 emas, ada banyak yang menulis tentang membeli emas secara ansuran, beberapa cara yang mungkin boleh dikongsi disini adalah;
1. Secara Kutu -di forum wanitaniaga, forum wanita2, ada sesetengah forumer mengadakan kutu sesama mereka untuk membeli emas, bagaimana caranya, saya rasa ramai yang dah paham, cubalah lawat laman2 web wanitaniaga dan sebagainya.
2. Ar-Rahnu – caranya agak simple, anda menghubungi penjual, berjumpa di bank ar-rahnu bank rakyat, agro bank atau ar-rahnu biasa, penjual boleh memajak item yang ingin dibeli diatas nama anda, nilai pajakan diberi kepada penjual dan bakinya dibayar sendiri pembeli kepada penjual mengikut harga yang dipersetujui bersama. Pembeli boleh membayar secara ansuran setiap bulan kepada bank sehingga item selesai ditebus dalam tempoh 6 bulan atau lebih.
3. Berbaik-baik dengan tauke kedai emas, ada ramai tauke kedai emas yang sudi memberi anda beli perhiasan emas secara ansuran, lebih-lebih lagi jika anda kakitangan kerajaan.
Jika anda ada cara yang lebih efisien dan menarik, sila kongsikan di ruangan komen dibawah….
*mungkin ramai yang concern berkenaan hukum beli emas secara ansuran, sila rujuk diruangan forum ini, imbalan emas bukan lagi dibeli dengan dinar emas, tetapi dengan wang tunai. (iluvislam)
sumber : www.hargaemas.com.my
n sesiapa yang berminat nak tahu lebih mendalam berkenaan emas n ingin memiliki emas...blh hubungi kami 012-673 4321 @ 012-3267891

50 Fakta Tentang Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

PC070005 112x106 50 fakta tentang emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
paper gold 106x106 50 fakta tentang emas15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

images 4 50 fakta tentang emas21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

ist1 3765800 summer calm 50 fakta tentang emas26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
images 51 50 fakta tentang emas
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

ist1 13036090 postage stamp showing portrait of adolf hitler 50 fakta tentang emas42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
*saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
American Gold Eagle 2 106x106 50 fakta tentang emas49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.



sumber : hargaemas.com

30 Kelebihan Melabur dan Menyimpan Emas



gold weigh 6912 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas
Kami di harga emas cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?  kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.