Wednesday, March 30, 2011 | By: tuah_emas999

Kos Perkahwinan Lebih Rendah Dengan Emas


 Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya. Dari perasaan kasih dan sayang itulah akan lahirnya zuriat keturunan bagi menjadi khalifah Allah di bumi bertuah ini.


Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.
Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.”
perkahwinan adalah perkara yang dituntut dalam islam
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana berkahwin menggunakan emas. Saya percaya sekiranya teknik ini dipraktikkan secara terperinci boleh mengurangkan kos kahwin dan sudah tentunya ianya tidak membebankan anda semua.
Teknik ini ditujukan khas bagi mereka yang masih bujang dan dengan menjadikan emas sebagai platfrom untuk mendapatkan kos kahwin yang sangat berbaloi masa kini.
Jom kita tengok perkiraan ini.
Andaikan anda bercadang berkahwin pada 2015 dan kos pada masa itu RM25,000 secara keseluruhan (mas kahwin, hantran, kenduri, persandingan & sebagainya). Anda boleh congak sendiri berapa yang anda inginkan bagi kos perkahwinan anda. Disini saya tetapkan sebanyak RM 25,000.

Step ini boleh ditujukan khas kepada kaum lelaki bujang yang trang tang tang…Lagi muda lagi bagos..Sebabnye!!! Nanti saya bagi contoh di bawah.
Katakan anda mahu berkahwin pada 2015 dan kos kahwin pada masa tu RM 25,000 (termasuk hantaran,mas kahwin, persandingan,khemah & sebagainya). Sekiranya lebih/kurang, sila sesuaikan dengan bajet anda.
EmasKami JualKami Beli
Dinar 999.9RM: 690/pcRM: 587/pc
GoldBar GCP 10gRM: 1610/pcRM: 1370/pc
GoldBar GCP 20gRM: 3220/pcRM: 2740/pc
GoldBar GCP 50gRM: 8000/pcRM: 6800/pc
GoldBar GCP 100gRM: 16000/pcRM: 13600/pc
Rantai Tangan 999RM: 160.96/gRM: 136.82/g
Kemaskini pada : 14 Mar 2011 - 09:55:54


Harga dinar 999.9 pada artikel ini ditaip adalah RM690/pc
1 dinar = RM 690/pc
Andaikan harga emas akan naik purata 27% setahun (sumber www.kitco.com
Harga emas pada tahun 2015
1 dinar = RM 1370
Kos kahwin 2015/Harga emas 2015
RM 25,000/RM 1370
= 18.25 dinar ≈ 19 dinar
Kos untuk membeli 19 dinar sekarang (Ogos 2010)
19 dinar x RM 583
= RM 11,077
Wahh…menariknye…Dengan bermodalkan 19 dinar pada harga RM 11,077 sekarang(tahun 2010) boleh memberikan nilai 19 dinar RM 26,030 pada tahun 2015. Tetapi bilangan dinar emas tetap sama kan..Itulah maksud saya kos kahwin berkurang jika menggunakan dinar emas. Nak kumpul dinar emas ni terpulang mengikut gaya dan tahap kewangan masing-masing. Boleh beli dan kumpul sikit-sikit ataupun beli sekaligus. Senang cerita..Dah ade duit beli dan simpan je emas. Tunggu lama-lama pun tak guna juga kan…Kekekeke. Bila dah sampai masa nak kahwin tu, jual semula emas tu dan pakailah duit untuk kahwin ok…
Ermm..habis bab kos kahwin. Lepas tu…mesti anda tertanya-tanya dah ade dinar emas, macam mana nak tukarkan dalam bentuk wang kertas semula. Ohhh…itu senang sahaja. Anda boleh jual semula emas itu kepada saya sendiri ataupun ejen-ejen GCP di seluruh Malaysia ni ataupun mana-mana Kedai Emas. Selagi ianya EMAS..ia tetap akan bernilai. Kalau saya bankrupt macam mana pulak?? InsyaAllah…selagi saya berniaga emas dan berniaga dengan cara yang betul saya tak akan mengalami kesulitan di kemudian hari. Lagipun…di tangan anda itu EMAS. EMAS=DUIT. Boleh dijual dimana-mana walau ke benua Africa sekalipun. Hehehehe…
Saturday, March 12, 2011 | By: tuah_emas999

Kenapa Semua Orang PERLU Simpan EMAS

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
Mengapa kita perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..
4. Aset yang terunggul————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
Friday, March 11, 2011 | By: tuah_emas999

Harga Emas Di Malaysia

Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?



Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia?
Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com
bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas berubah setiap saat dan setiap minit.
Sebagai contoh, jika anda lihat jadual di bawah,

pada 19 Jun 2008, harga emas di Pasaran Spot Gold New York ditutup pada USD898.00/Oz
1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.
Dengan andaian 1 USD = RM3.25
maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 19/6/2008 ialah:
RM2918.50 untuk 1 Oz/31.10 gram
atau bersamaan RM93.84 sen/gram
Memandangkan perbezaan waktu antara Malaysia dan New York, saya akan ambil harga emas Malaysia pada 20/6/2008.
Pada 20/6/2008 – Harga Emas Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia ialah RM3088.00/Oz.
ini bersamaan RM99.30 per gram.
Pada 20/6/2008 – harga emas bar PAMP Suisse di kedai Emas Poh Win Melaka Mall adalah RM111.00 se gram.

Walaupun berbeza harga sebanyak RM5.46 dan RM17.70 se gram, namun ingin saya nyatakan bahawa harga pasaran Emas dunia New york tidak boleh disamakan dengan harga emas harian Bank Negara atau pun kedai emas di Poh Win di Melaka Mall, Melaka :)
Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas.
Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Poh Win biasanya dikemaskini seminggu sekali.
Dalam konteks harga emas Malaysia (emas fizikal), kita boleh merujuk kepada 2 website utama bank yang terlibat dengan penjualan emas fizikal iaitu bank Negara Malaysia dan UOB Bank.

1. Laman web Bank Negara malaysia (Kijang Emas price)
di: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Laman web UOB Bank (Gold coin dan bullion price)
di: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
Jika anda nak tahu harga emas per gram, anda ambil nilai jualan 1 troy ounce/ Oz dan bahagikan dengan 31.10
Ini kerana 1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.
Contoh:
Harga Emas Aust Nugget UOB Bank 20/6/2008 ialah RM3052.00
Jadi harga emas se gram pada 20/6/208 bersamaan
RM3052/31.10 = RM98.14 se gram.

Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?


Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.
Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.
Bagi kes Gold Saving Passbook (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. ini kerana gold saving passbook tak deal dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.
Ok, itu sahaja. Semoga anda lebih memahami tentang bagaimana menyemak / mengira harga emas dunia dan di Malaysia.
Bacaan berkaitan:
1. Membeli emas di kedai Emas2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
Tuesday, March 1, 2011 | By: tuah_emas999

Graf Emas Dunia

Statistik menunjukkan harga emas sentiasa mengalami peningkatan !





Senarai Ar Rahnu

Dewasa ini seringkali kita melihat pelbagai institusi pajak gadai samada pajak gadai islam mahupun pajak gadai konvensional yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Sehubungan itu, perlu bagi kita untuk memilih institusi Ar Rahnu yang menjalankan sistem pajak gadai islam bagi mengelakkan kita terlibat dalam pajak gadai yang berunsurkan riba'. Berikut adalah senarai institusi Ar Rahnu yang ada di Malaysia :-

Apa Itu Ar-Rahnu?

DEFINASI AR-RAHNU
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."(Surah al-Muddaththir 74:38)
PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
    *PENGERTIAN
    Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
    H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
    Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
    Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
    * HUKUM
    Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
    Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
    Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"(HR. Al-Bukhari)
    Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"(HR. Tirmidzi)
    *RUKUN
    Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
       1.Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
       2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
       3.barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
       4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
       5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
KELEBIHAN AR-RAHNU DIBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
    * Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
    * Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).   
    * Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
    KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
   1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
      Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
   2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
      Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.  
   3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
      Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
   4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
      Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
   5.Caj perkhidmatan Yang Rendah
      Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.    
   6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
      Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
   7.Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
      Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
   8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
      Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
   9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
      Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Sumber : http://wirajiwa.bumicyber.com

ASB atau Pelaburan Emas


SARANAN SALLEH :

Buatlah penilaian dan pilihan yang tepat bagi menjamin pulangan bagi pelaburan anda

Dinar Emas : Sheikh Imran Nazar Hosein Iktiraf Dr. Mahathir Berani Lawan Zionist


DINAR EMAS: SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN IKTIRAF DR. MAHATHIR BERANI LAWAN ZIONIST