Wednesday, November 9, 2011 | By: tuah_emas999

Emas Mengubah Taraf Hidup


“Abang ni kan bila duduk depan orang ramai, Atif lalu, buat tak tahu aje,” kata wartawan Wanita Hari Ini, Marwatif Amer.
“Ish! Atif lagi la, bila abang lalu kat depan mata langsung tak jeling pun, komputer tu lebih penting,” balas saya mengusiknya.
Atif seperti dia suka dipanggil, gadis ceria berasal dari Alor Star, Kedah cukup pemurah dengan ukiran senyuman.
Senyumannya mengingatkan saya kepada 2 wanita saya temui pada 24 April lalu sewaktu membuat tinjauan hargaberas di sempadan Malaysia-Thailand.
Sebelum ke sempadan saya sempat singgah ke kedai menjual cincin di Kota Bharu.
“Ini cantik, Kak Ma beli kat orang ni. Tapi buatan dia kemas la,” kata taukeh kedai.
mazidul Emas Mengubah Taraf HidupSaya membelek cincin perak dengan batu merah diikat suasa.
“Berapa harga ni kak?,” tanya saya.
“Tiga ratus genap la, special prize dah tu. Sebab abang Napi”
Napi, nama gelaran jurukamera wakil TV3 di Kelantan, Hanafi Mat.
Sewaktu keluar dari kedai itu saya dihampiri wanita berbaju kuning lengkap bertudung muncul dari deretan kedai.
“Nama kita Kak Zura,” katanya kepada saya.
Saya senyum. “Nama saya Mazidul,” saya memperkenalkan diri.
“Ish! Tak payah kenalkan diri dah, Kak Zura kenal sangat, selalu kuncul kat TV,” katanya sambil tangan menggenggam erat tali beg tangan disandang.
“Bila datang sini?,” tanya Kak Zura.
“Dua hari dah,” saya membalas ringkas.
“Kaya sungguh orang di Kelantan ni kan? Tak berat ke leher tu?,” gurau saya.
Di leher Kak Zura melekap kemas 3 rantai emas selebar ibu jari setiap satu.
“Kita dah biasa, berniaga macam ni la,” balasnya.
“Ini kawan baik abang Napi ni,” kata jurukamera.
“Kak Ma tadi pun kawan abang Napi jugak?”
Hanafi menganggukkan kepala.
Tidak hairan, sejak saya mula mengenali Hanapi sewaktu melaksanakan tugasan pertama Majalah 3 pada tahun 1997, dia memang mempunyai ramai kenalan.
Kemana sahaja dia melangkah, dia dikenali dan seringkali disapa, barangkali macam Kak Zura.
“Mari minum,” pelawa Kak Zura.
Sewaktu di restoran, Kak Zura tidak teragak-agak berkongsi sebahagian daripada kisah hidupnya.
“Nama dalam kad pengenalan apa?,” tanya saya, sekadar ingin tahu.
“Siti Hasmah Wok. Macam nama isteri Tun Mahathir lah. Tapi kalau nama glamor, panggil Kak Zura saja,” jelasnya selamba.
Dimaklumkan dia dilahirkan di Bachok, Kelantan dan kini berusia 54 tahun.
“Tua dah Kak Zura ni,” keluhnya.
“Tapi steady lagi,” puji saya.
“Dulu Kak Zura kahwin umur 12 tahun, percaya tak?”
Saya terpegun sekali lagi.
“Pilihan mak ayah, masa tu kita tak tau apa. Boleh bertahan sebulan, lepas tu cerai terus,” katanya.
“Ini anak sulung Kak Zura, Nora. Anak dengan suami ke dua, ada lima semua anak, umur antara 18 dan 40 tahun,” sambil dia mengerling ke arah wanita duduk di sebelah kanannya.
“Nora kerja apa?,” soal saya.
“Ikut mak la, jadi body guard dia,” sambil tersenyum.
“Kak Zura berniaga macam mana?,” tanya saya.
“Kita beli barang kemas orang tak mampu tebus di pajak gadai, lepas tu jual kepada pembeli,” jawabnya.
Tidak hairanlah mengapa purse Kak Zura penuh dengan wang kertas lima puiluh ringgit.
“Tak muat dah purse tu, bubuh dalam beg saya ni sikit,” saya mengusiknya.
Dia hanya tersenyum.
Spontan Kak Zura kemudian mengeluarkan timbang elektronik dan calculator dari beg tangan dijinjing sejak tadi.
“Macam ni, dulu Kak Zura beli harga dia 10 ribu, waktu tu ada datin ni pakai. Emas putih ni. Sekarang harga dia 24 ribu,” katanya sambil tersenyum.
Barangan kemas three-piece diletakkan di atas meja.
“Uih! Mahalnya,” saya terkejut.
“Dulu Kak Zura jual buah-buahan dari Danok tapi satu hari 20 tahun lepas, ada perempuan tua datang nak jual gelang sebab dia terdesak tak cukup duit. Kak Zura beli dan lepas tu jual kat kedai, boleh untung 70 ringgit,” jelasnya.
Terpancar wajah keceriaan.
“Lepas tu Kak Zura terfikir, jual buah nak dapat untung 70 ringgit sehari susah. Kalau jual beras seludup, asyik kena tangkap, mana larat. Sejak itu la Kak Zura mula beli dan jual emas”
Pada awal pertemuan saya menjangka Kak Zura ibu tunggal. Tetapi telahan saya ternyata meleset.
“Suami Kak Zura pencen dah, Yahya namanya. Dulu dia kerja Jabatan Perikanan, lepas tu join maritim, duk laut berhari-hari,” jelasnya.
“Gambar siapa kat handphone tu,” soal saya.
“Anak bongsu Kak Zura, Nordaleela. Baru habis SPM,” jelasnya.
“Buat apa dia sekarang?”
“Dia minat menari, ada waktunya ke Kuala Lumpur, ikut group menari kalau ada majlis,” jelasnya bangga.
Saya mendengar sambil mata menjeling semua barang kemas dipakai Kak Zura.
“Tak takut ke jalan-jalan pakai emas banyak ni? Kena ragut kan payah?”
“Kak Zura dah biasa kawasan ni. Tak pernah berlaku lagi la. Mintak-mintak jangan,” luahnya.
“Tapi Kak Zura ada bawa pisau lipat,” dia kelihatan yakin.
“Kalau kira-kira berapa nilai semua barang kemas Kak Zura pakai di badan ni?,” soal saya.
“Seratus ribu lebih rasanya,” jangka Hanapi.
“Itu tak termasuk harga gelang kaki Kak Zura lagi, dekat-dekat 7 ribu ni,” sambil dia menyingkap sedikit kain di pakainya ke tahap buku lali.
“Bila abang Pi nak bawa kita ke rumah orang susah, kita pun nak sedekah sikit ni,” tanya Kak Zura kepada Hanapi.
“Nanti lah kita pergi, Mazlin Nordin nak datang hari khamis minggu depan ni, kita pergi sekali lah,” janji Hanapi.
Petang sama, Hanafi menghubungi saya.
“Jom la, dia masak dah”
Sewaktu tiba di perkarangan rumah Kak Zura saya benar-benar terpegun, bukan calang-calang besarnya rumah banglo dua tingkat dibina dengan kos lebih 400 ribu ringgit itu.
Saya terfikir, mengapa wanita hidup mewah seperti Kak Zura masih lagi berjalan kaki setiap hari, berkunjung dari kedai ke kedai, mencari pelanggan untuk membeli emasnya?
“Itulah kerja Kak Zura suka,” jelasnya kepada saya.
“Elok la tu, Kak Zura suka jual emas, abang suka laut,” gurau saya.
Yahya kini memiliki 9 bot menangkap ikan di laut dalam.
“Kalau lain kali Mazidul datang dengan famili, turun kapal terbang, jalan kaki saja ke rumah ni, dekat sangat,” kata suami Kak Zura.
“Airport Pengkalan Chepa kat belakang tu saja, tak payah sewa hotel, duduk saja dengan kami,” pelawa Yahya.
Malam itu kami dihidangkan pelbagai lauk-pauk, sedap. Dijamu buah-buahan, durian, jambu dan mempelam.
Terdetak di hati saya. “Rezeki hasil jualan emas, barangkali”
petikan diambil dari blog Mazidul Akmal Sidik..menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi sy..sesiapa yang ingin memiliki dan mengetahui lanjut berkenaan emas boleh berhubung dengan saya di talian 012- 673 4321 @ 012-326 7891

Membeli Emas secara Ansuran


jual beli emas Membeli emas secara ansuran
Ramai kini mula melihat emas sebagai salah satu bentuk pelaburan baru yang menguntungkan, selain dari harganya yang stabil, designnya yang menarik, emas juga dapat mengawal anda dari berbelanja lebih dari keperluan. Menyimpan wang tunai atau wang kertas di bank bukanlah satu pilihan yang baik, wang tunai dengan mudah dapat dikeluarkan pada bila-bila masa ditambah lagi setiap hari iklan-iklan gadget seperti telefon iphone, android, blackberry yang menjadi global trend sekarang ada dimana2. Dari telefon 3g, kemudiaannya 3gs kemudiannya 4g, dan terlatest Ipad, sekurang-kurangnya ada yang terliur untuk memiliki satu, dua atau tiga…gadget terbaru. (jika bukan penggemar gadget, anda mungkin penggemar kereta, memancing atau apa sahaja termasuk bini muda….sukahati anda…)
Masalah utama yang menghalang untuk membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat 4 tahun yang lalu, harga emas 916 ketika itu sekitar RM73/gram sahaja berbanding sekarang, ianya telah mencecah RM155/gram (lebih 2x ganda), dalam masa 4 tahun sahaja, harga emas meningkat dengan begitu tinggi, malah lebih tinggi dari kenaikan gaji sesetengah kita. Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin menurun lebih-lebih lagi mereka yang tiada kenaikan gaji sejak tahun 2007 (sedih icon sad Membeli emas secara ansuran )..
Jika anda rajin membaca di forum2 emas, ada banyak yang menulis tentang membeli emas secara ansuran, beberapa cara yang mungkin boleh dikongsi disini adalah;
1. Secara Kutu -di forum wanitaniaga, forum wanita2, ada sesetengah forumer mengadakan kutu sesama mereka untuk membeli emas, bagaimana caranya, saya rasa ramai yang dah paham, cubalah lawat laman2 web wanitaniaga dan sebagainya.
2. Ar-Rahnu – caranya agak simple, anda menghubungi penjual, berjumpa di bank ar-rahnu bank rakyat, agro bank atau ar-rahnu biasa, penjual boleh memajak item yang ingin dibeli diatas nama anda, nilai pajakan diberi kepada penjual dan bakinya dibayar sendiri pembeli kepada penjual mengikut harga yang dipersetujui bersama. Pembeli boleh membayar secara ansuran setiap bulan kepada bank sehingga item selesai ditebus dalam tempoh 6 bulan atau lebih.
3. Berbaik-baik dengan tauke kedai emas, ada ramai tauke kedai emas yang sudi memberi anda beli perhiasan emas secara ansuran, lebih-lebih lagi jika anda kakitangan kerajaan.
Jika anda ada cara yang lebih efisien dan menarik, sila kongsikan di ruangan komen dibawah….
*mungkin ramai yang concern berkenaan hukum beli emas secara ansuran, sila rujuk diruangan forum ini, imbalan emas bukan lagi dibeli dengan dinar emas, tetapi dengan wang tunai. (iluvislam)
sumber : www.hargaemas.com.my
n sesiapa yang berminat nak tahu lebih mendalam berkenaan emas n ingin memiliki emas...blh hubungi kami 012-673 4321 @ 012-3267891

50 Fakta Tentang Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

PC070005 112x106 50 fakta tentang emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
paper gold 106x106 50 fakta tentang emas15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

images 4 50 fakta tentang emas21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

ist1 3765800 summer calm 50 fakta tentang emas26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
images 51 50 fakta tentang emas
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

ist1 13036090 postage stamp showing portrait of adolf hitler 50 fakta tentang emas42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
*saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
American Gold Eagle 2 106x106 50 fakta tentang emas49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.



sumber : hargaemas.com

30 Kelebihan Melabur dan Menyimpan Emas



gold weigh 6912 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas
Kami di harga emas cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?  kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. 

Contoh Mudah Pelaburan Emas

Ramai yang mungkin tertanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang , emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.
Sejak berjuta tahun dahulu, sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, perkelahian dalam merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas & harta benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang berkuasa ini akan terus menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.
Sebut sahaja kemewahan tamadun Aryan di India, Macedonia di greece, Yunani, Rom, mereka menguasai kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada mereka, setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pastinya ia bukan dari poket mereka, kecuali dirampas dari mangsa serangan tersebut.
Jika dilihat sejarah Tamadun Mongols, Barbariks, Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas, mengguling kerajaan2 diatas, bahkan hampir semua tamadun manusia dihancurkan gog dan magog ini, tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif? Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama, semestinya kurangnya ilmu pengetahuan yang diturunkan ke.generasi geberasi baru. Kedua, cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud, mereka tiada keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan dibelanjakan..
Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim2 penipuan), tetapi.pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.
Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan, contohnya jika pelabur memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 36gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM360 (10x360gram), tetapi sejak.kebelakangan ini, ada yang.memilih untuk menggunakan sistem ar-rahnu.
Jika tadi, dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36gram emas 999, tetapi jika tambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100gram emas 999, jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh untung hampir RM1000 (overlap) (modal RM6k untung RM1k), menarik bukan. Bagaimanapun, cara arrahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75%/month,tidaklah tinggi. (Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut 03-87502645)
Bagaimanapun, cara kedua.lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin, pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan pihak arrahnu, pelabur membuat.keputusan sendiri tanpa pihak.ketiga, dan yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir ~40% mengatasi ASB, UT, TABUNG HAJI, asn dan sebagainya.

Pelaburan Emas, Apakah Yang Terbaik


Kami menerima banyak pertanyaan dari pelanggan, dari customer dan individu yang bertanyakan tentang pelaburan emas di Malaysia contohnya pelaburan emas di Public Gold, GIA Account, Maybank Gold Account dan sebagainya. Kebanyakan daripada pelaburan emas ini telah diterangkan oleh Enc Syukor Hasyim di blog beliau di Jutawan emas, bagaimana dan berapa keuntungan, saudara-saudara semua boleh merujuk di blog beliau.
Pada pendapat kami, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran, cuma harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;
1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli?
Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertamaYang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas yang naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, kelihatan emas itu sendiri hilang kilauannya.. :) . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi mungkin sebagai manusia, kita lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.
Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

sumber : www.hafizjewel.com

20 Sejarah Emas Di Malaysia


Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
lemuria map2 120x106 20 Sejarah emas di MalaysiaSatu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.
Ptolemy 16century 98x106 20 Sejarah emas di MalaysiaDalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.
images 76x106 20 Sejarah emas di MalaysiaLaksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya
Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
images 1 111x106 20 Sejarah emas di MalaysiaDalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.
ledang1 106x106 20 Sejarah emas di MalaysiaAkhirnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil kekayaan emas di tanah ini.
Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Tall Sh 5.4 105x106 20 Sejarah emas di MalaysiaRezab emas negara dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada kajian-kajian yang diilakukan dan ia sentiasa bertambah apabila penemuan baru dan akan berkurang apabila mineral tersebut digali dari perut bumi.
Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.
lombong malaysia 75x106 20 Sejarah emas di MalaysiaPerlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.
Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.
mersing2xl8 141x105 20 Sejarah emas di MalaysiaPada tahun 2008, negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan “Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2002.
Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.
ne 01.1 127x106 20 Sejarah emas di MalaysiaPada awal tahun 2010 kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas” tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.

sumber : hargaemas.com.my