Sunday, May 22, 2011 | By: tuah_emas999

10 Sebab Kenapa Kita Perlu Melabur Dalam Emas.

1. Emas bukan sahaja komoditi, ianya mata wang.
 Ianya mata wang yang berevolusi dalam pasaran sejak 
5,000 tahun lepas.

2. Emas dan perak sahaja mata wang yang tidak dicipta dan
dikawal oleh kerajaan. Semua mata wang sekarang  (dollar,
euro, yen, pound, rupee, dan lain-lain) adalah mata wang
"fiat", di mana mereka tidak mewakili sesuatu yang bernilai
tetapi bernilai kerana keputusan kerajaan (dengan nama lain
"wang sah").

3. Kerajaan pasti akan mencipta terlalu banyak wang fiat
menyebabkan terlampau banyak wang kertas (hasilnya: kuasa
beli duit menurun!)

4. Penciptaan mata wang fiat meningkat mendadak pada 1995,
menyebabkan harga aset melonjak di merata-rata tempat di
dunia. Pada September 2003, kadar semakin perlahan
dan akhirnya menyebabkan krisis yang berlaku sekarang ini.

5. Apabila habis semua krisis kewangan ini, kerajaan akan
ditekan untuk mengembalikan dasar mata wang dengan sokongan
emas.

6. Mengembalikan mata wang disokong emas amat praktikal.
Kemungkinan yang ianya akan berlaku juga akan meningkatkan
nilai emas dengan mendadak.

7. Mata wang fiat yang ada tidak adil. Sebagai contoh,
disebabkan US mengeluarkan mata wang mata wang simpanan
dunia, satu dunia menghantar kepada US barang dan servis
dan balasannya mendapat kertas atau entri elektronik.

Banyak kapal pergi ke Amerika dengan penuh barang, tapi
pulang separuh kosong.

8. Kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat cuba mengawal
harga emas sejak 1995 dengan meminjam dan menjual emas
mereka. Mereka tidak boleh melakukan perkara ini
selama-lamanya. Apabila ini berhenti, emas dan perak
akan melonjak.

9. Tekanan daripada hutang melampau yang Amerika
pegang akan mengurangkan dollar sampaikan ianya tidak
bernilai, semata-mata untuk memudahkan hutangnya
dapat dibayar (sebab hutang mereka dalam dollar juga).
Apabila ini berlaku, emas akan naik kerana kejatuhan
dollar menghancurkan kepercayaan orang ramai kepada
mata wang fiat. (Yeah!)

10.Industri kewangan dan kerajaan telah mempromosi
mata wang fiat dan meminggirkan emas dalam fikiran
orang ramai untuk jangka masa yang panjang.

Sekarang, sikap orang ramai terhadap emas hanya
akan menjadi positif.

Adakah anda hairan kenapa kebelakangan ini emas
menjadi amat popular di kalangan rakyat Malaysia
dan Amerika?

Bolehkah Wang Membuatkan Anda Kaya?


Bolehkah wang membuatkan anda kaya? apakah jawapan anda? jawapan saya ialah TIDAK.
wang tidak boleh menjadikan anda kaya, kita boleh lihat, ramai orang yang bekerja setiap hari,bekerja  mencari wang, tapi gagal menjadi kaya,dan yang lebih menyedihkan ,ramai yang menambah hutang dengan setiap wang yang mereka dapat.
Kita boleh lihat disekeliling kita, ada diantara yang mendapat durian runtuh, seperti pampasan berjuta ringgit dari kerajaan atas pembelian tanah yang akan digunakan untuk pembinaan jalan raya, tetapi menjadi miskin. Ada yang menjual tanah pusaka dengan harga beratus ribu ringgit, akhirnya tinggal hutang.Mungkin juga ada antara kenalan yang kita kenal kerugian didalam pelaburan stok market.Mungkin juga anda pernah mengalaminya.
Untuk pengetahuan anda pelaburan sebenarnya adalah pelaburan emas dan emas merupakan wang yang sebenar. Jika kita lihat sejarah kenaikanharga emas 10 tahun yang lepas, pada tahun 2000 harga emas ialah USD289.00/Oz dan pada tahun 2010 harga emas telah meningkat kepada USD1080.00/Oz , kenaikan dalam masa 10 tahun ialah 250%! , dan ada yang mengatakan harga emas akan meningkat sehingga USD2500/Oz .
Jika anda menyimpan emas pada tahun 2000 dan menjual nya pada tahun 2010, anda mungkin telah mendapat keuntungan 250%, Tapi selepas itu apa yang akan berlaku?,emas dalam simpanan anda telah habis, wang yang anda dapat juga akan habis digunakan, akhirnya anda tetap akan miskin.
Sebenarnya, bukan wang ,asset,atau emas yang membuatkan anda kaya,tetapi pengetahuan anda mengenai pelaburan tersebut yang akan menyebabkan anda kaya dan mencapai kebebasan kewangan.
Untuk pengetahuan anda, emas juga mempunyai kelemahan tersendiri,emas merupakan pelaburan 'capital gain', dimana anda akan mendapat keuntungan diatas kenaikan nilai harga, dan ia akan mengambil masa yang panjang. 
Tapi tahukah anda? dengan emas anda juga boleh mendapat 'Cash Flow' , dimana anda boleh mendapat aliran wang tunai setiap bulan.Hubungi saya dan saya akan ceritakan pada anda caranya..dan mungkin anda boleh membeli seketul dua emas dari  saya sebagai tanda penghargaan :) .