Sunday, May 22, 2011 | By: tuah_emas999

Bolehkah Wang Membuatkan Anda Kaya?


Bolehkah wang membuatkan anda kaya? apakah jawapan anda? jawapan saya ialah TIDAK.
wang tidak boleh menjadikan anda kaya, kita boleh lihat, ramai orang yang bekerja setiap hari,bekerja  mencari wang, tapi gagal menjadi kaya,dan yang lebih menyedihkan ,ramai yang menambah hutang dengan setiap wang yang mereka dapat.
Kita boleh lihat disekeliling kita, ada diantara yang mendapat durian runtuh, seperti pampasan berjuta ringgit dari kerajaan atas pembelian tanah yang akan digunakan untuk pembinaan jalan raya, tetapi menjadi miskin. Ada yang menjual tanah pusaka dengan harga beratus ribu ringgit, akhirnya tinggal hutang.Mungkin juga ada antara kenalan yang kita kenal kerugian didalam pelaburan stok market.Mungkin juga anda pernah mengalaminya.
Untuk pengetahuan anda pelaburan sebenarnya adalah pelaburan emas dan emas merupakan wang yang sebenar. Jika kita lihat sejarah kenaikanharga emas 10 tahun yang lepas, pada tahun 2000 harga emas ialah USD289.00/Oz dan pada tahun 2010 harga emas telah meningkat kepada USD1080.00/Oz , kenaikan dalam masa 10 tahun ialah 250%! , dan ada yang mengatakan harga emas akan meningkat sehingga USD2500/Oz .
Jika anda menyimpan emas pada tahun 2000 dan menjual nya pada tahun 2010, anda mungkin telah mendapat keuntungan 250%, Tapi selepas itu apa yang akan berlaku?,emas dalam simpanan anda telah habis, wang yang anda dapat juga akan habis digunakan, akhirnya anda tetap akan miskin.
Sebenarnya, bukan wang ,asset,atau emas yang membuatkan anda kaya,tetapi pengetahuan anda mengenai pelaburan tersebut yang akan menyebabkan anda kaya dan mencapai kebebasan kewangan.
Untuk pengetahuan anda, emas juga mempunyai kelemahan tersendiri,emas merupakan pelaburan 'capital gain', dimana anda akan mendapat keuntungan diatas kenaikan nilai harga, dan ia akan mengambil masa yang panjang. 
Tapi tahukah anda? dengan emas anda juga boleh mendapat 'Cash Flow' , dimana anda boleh mendapat aliran wang tunai setiap bulan.Hubungi saya dan saya akan ceritakan pada anda caranya..dan mungkin anda boleh membeli seketul dua emas dari  saya sebagai tanda penghargaan :) .

0 comments:

Post a Comment